PRODUCT NAME PLANTER WITH IRRIGATION DEVICE
ABSTRACT Kaedah penanaman dan pertanian dalam rumah semakin popular, namun sistem yang digunakan terdapat kekurangan dalam sistem penjagaan yang efisien dan mesra pengguna. Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah ini dengan pengubahsuaian bentuk penanam pintar yang mengintegrasikan pengurusan air yang cekap serta sistem pemantauan yang mudah digunakan. Objektif utama adalah untuk meningkatkan keberkesanan penghantaran air dan memudahkan penyelenggaraan tumbuhan dalam rumah. Reka bentuk ini merangkumi sistem pengairan hidroponik yang digerakkan oleh pam, pencahayaan LED yang dioptimumkan untuk pertumbuhan, dan sensor pH untuk memantau serta mengekalkan tahap keasidan air yang optimum. Penanam ini dikuasakan oleh bank tenaga (power bank) mudah alih, direka untuk kemudahan pemasangan. Hasil yang dijangkakan adalah produk yang memenuhi keperluan pengguna dan juga menawarkan penyelesaian praktikal untuk mengekalkan kesihatan tumbuhan dalam rumah. Produk ini melibatkan ujian empirik untuk mengesahkan prestasi sistem dalam keadaan sebenar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan penyelesaian pertanian dalam rumah yang lebih pintar.
FILING COUNTRY Malaysia
REG. NUMBER 25-00574-010
INTELLECTUAL STATUS Industrial Design Granted
FILE DATE 14/3/2025
IP TYPE Industrial Design
YEAR APPLY 2025
DEPARTMENT 103
©2014 UniMAP