PRODUCT NAME SISTEM PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIMAP (SPPB)
ABSTRACT Sistem Pengurusan Pendaftaran dan Bayaran Persatuan Silat Cekak Malaysia UniMAP (SPPB) merupakan sebuah sistem berasaskan web yang dibangunkan khusus bagi kegunaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pembangunan sistem ini bertujuan untuk menambah baik pengurusan pendaftaran dan kewangan persatuan. Fokus utama sistem ini adalah membantu bendahari persatuan menguruskan transaksi yuran pelajar kokurikulum yang jumlahnya lebih kurang 200 pelajar berdaftar setiap tahun secara lebih efisien. Sebelum ini, keterbatasan kaedah manual yang berasaskan rekod fizikal menyukarkan proses semakan status pembayaran dan meningkatkan risiko kesilapan data. Oleh hal yang demikian, sistem laman web ini direka bentuk untuk menggantikan kaedah konvensional tersebut menerusi penyediaan pangkalan data berpusat. Pendekatan ini membolehkan status pembayaran setiap ahli dipantau dan direkodkan secara automatik, tepat, serta sistematik melalui pelayar web. Di samping fungsi pembayaran, sistem ini turut menyokong aspek pentadbiran dan kawalan data pendaftaran dan maklumat tahap pembelajaran pelajar. Platform ini memberikan akses kepada pihak pentadbir untuk mengemaskini, memantau, dan menguruskan rekod keahlian dalam satu antara muka bersepadu (single integrated interface), sekaligus memastikan kelancaran operasi pengurusan kokurikulum dan aliran tunai persatuan.
FILING COUNTRY Malaysia
REG. NUMBER LY2026E02715
INTELLECTUAL STATUS Registered Copyright
FILE DATE 4/5/2026
IP TYPE Copyright
YEAR APPLY 2026
DEPARTMENT 102
STAF NO / MATRIC NO AZNOR HANAH BINTI ABDUL HALIM, 801020-14-5726, 0100828
OWNER NAME UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
EQUITY PERCENTAGE
NOTEL HP 125053235
©2014 UniMAP